Saturday, 29 September 2012

SAYANGI WAJAH

Sebelum mencuci muka, disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ia bagi menanggalkan kotoran  yang ada pada  wajah, berkemungkinan pencuci muka tidak dapat membersihkannya secara total. Bahagian wajah yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka 

Buihkan pencuci muka sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka dengan kuat. Lakukan pembersihan .Kemudian dibilas dengan air bersih.

Usah fikir dengan hanya sekali cucian wajah sudah bersih sepenuhnya. Ambil pencuci muka sekali lagi dan ulangi langkah kedua.

Selepas wajah dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum mengoleskan penyegar dan pelembap wajah selepas itu.

Hasilnya bersih dan berseri-seri lah wajah kita. Ditambah pulak dengan muka yang sentiasa dibasahi dengan air wuduk. Wahhhhhhh lagi becahaya dan bekilau-kilau wajah. . .hehehe~





No comments:

Post a Comment